QUEBEC CITY, July 07, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju dalam teknologi ADAS dan AD, dengan berbesar hati untuk mengumumkan pemerolehan syarikat perisian persepsi dan pergabungan penderia VayaVision.
LeddarTech menyokong penyepadu sistem automotif Tahap 1-2 dengan platform penderiaan automotif dan mobiliti terbuka, termasuklah LeddarEngine™ yang berdasarkan LiDAR. Terdapat kesepakatan industri yang aplikasi pemanduan berautonomi aras 3 dan 5 memerlukan berbilang penderia dan pergabungan penderia LiDAR, radar dan kamera. Pembangunan pergabungan penderia meningkatkan masa kepada pasaran, kos dan risiko untuk pelanggan dengan ketara. Penyepaduan teknologi, produk dan kepakaran VayaVision membolehkan LeddarTech mempercepat masa kepada pasaran sementara mengurangkan kos pembangunan dan risiko pelanggan dengan tindanan persepsi pergabungan penderia yang diskalakan daripada satu penderia kepada berbilang pergabungan penderia dan bersifat agnostik perkakasan dan perisian sistem pengendalian.
VayaVision, diasaskan pada tahun 2016 oleh Dr Nehmadi Youval dan Ronny Cohen dan berpangkalan di Israel, ialah syarikat teknologi mendalam dan perintis dalam bidang pergabungan dan persepsi penderia, memberikan penyelesaian autonomi kepada pemain utama dalam industri automotif yang menangani kes penggunaan daripada ADAS (Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan) dan AD (Pemanduan Autonomi) L2 hingga L5. Pasukan VayaVision terdiri daripada pakar Penglihatan Mesin dan komputer serta Rangkaian Neural Mendalam.
Platform terbuka LeddarTech yang berdasarkan teknologi pemprosesan isyarat digital bentuk gelombang penuh yang digabungkan dengan data mentah tindanan perisian persepsi pergabungan penderia VayaVision akan menyampaikan model persekitaran yang paling tepat, membolehkan pengerahan besar-besaran aplikasi ADAS dan AD yang mesra kos. Pemerolehan ini sangat sesuai dengan strategi platform terbuka sedia ada LeddarTech untuk menyampaikan produk tindanan persepsi pergabungan penderia ADAS & AD hujung ke hujung yang boleh disesuaikan, fleksibel, dan boleh diskala untuk membolehkan pelanggan menginovasi dan mempercepat masa kepada pasaran mereka. Produk tindanan perisian persepsi pertama berdasarkan penderia LiDAR Leddar Pixell™ LeddarTech akan tersedia untuk demonstrasi dan pensampelan bagi pelanggan utama pada 4Q20 (CY) dan pengeluaran menjelang 1H21 (CY).
Ringkasan Manfaat Pelanggan
"Saya amat berbesar hati yang VayaVision kini berada di bawah naungan LeddarTech", kata En. Ronny Cohen, pengasas bersama dan bekas CEO VayaVision. “LeddarTech merupakan peneraju dalam penderiaan dengan seni bina terbuka, jejak global, dan sejarah dalam menyediakan penyelesaian ADAS dan AD kepada pasaran automotif dan mobiliti. Gabungan teknologi kami mendayakan LeddarTech untuk menyampaikan platform hujung ke hujung yang unik kepada pasaran, yang akan mempercepat pengerahan ADAS dan AD yang selamat, boleh diskala dan mampu milik.”
“Pemerolehan VayaVision menambahkan blok binaan yang penting dengan menggabungkan teknologi persepsi pergabungan penderia mereka dengan platform LeddarEngine LeddarTech yang telah terbukti,” kata Charles Boulanger, CEO LeddarTech. En. Boulanger menekankan: “Penyelesaian penderia tunggal sedia ada dalam pasaran tidak menyediakan prestasi, kefleksibelan, kebolehskalaan, dan keberkesanan kos yang diperlukan oleh pasaran untuk pengerahan besar-besaran. Platform LeddarEngine kami yang dibina di atas seni bina perisian terbuka, yang digabungkan dengan persepsi pergabungan penderia VayaVision membolehkan LeddarTech memenuhi keperluan pelanggan untuk penyelesaian penderiaan yang agnostik perkakasan, boleh skala, dan boleh disesuaikan untuk mana-mana konfigurasi kenderaan dan penderia.”
VayaVision kini adalah subsidiari LeddarTech dan mulai sekarang akan dirujuk sebagai VayaVision, a LeddarTech Company dalam semua komunikasi korporat selepas ini.
Perihal LeddarTech®
LeddarTech adalah peneraju industri yang menyediakan platform penderiaan auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine yang unik, yang terdiri daripada suit bergred automotif, keselamatan fungsian yang diperakui SoC yang berfungsi seiring dengan perisian pemprosesan isyarat hak milik LeddarSP™. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi. LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas membina untuk pembekal LiDAR lain.
Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com, dan pada LinkedIn, Twitter, Facebook, dan YouTube.
Penghubung:
Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Global, LeddarTech Inc.
Tel.: +1-418-454-1619
daniel.aitken@leddartech.com
Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan logo berkaitan adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan syarikat subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain adalah atau mungkin adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c64fc531-8ebc-4daa-a296-6a7dd736d3c9