DAVOS, Switzerland, Jan. 25, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- YPO, organisasi kepimpinan global terulung untuk lebih daripada 27,000 ketua eksekutif, telah menjalankan tinjauan terhadap ahlinya di lebih daripada 130 buah negara untuk mengetahui pandangan mereka tentang sama ada tujuan perniagaan adalah untuk memberi impak terhadap masyarakat lebih daripada keuntungan dan kekayaan.
Tinjauan Kepimpinan Global YPO 2019 yang dibuat pada 23 Disember 2018 hingga 4 Januari 2019 dengan lebih daripada 2,200 responden CEO mendapati bahawa anjakan budaya yang besar tentang peranan kepimpinan perniagaan sedang berlaku seperti yang ditunjukkan oleh dapatan berikut:
Untuk perspektif tambahan tentang dapatan ini, YPO telah menjalankan tinjauan serentak terhadap lebih daripada 1,800 bakal pemimpin, golongan yang berumur 18-31 dengan sekurang-kurangnya sedikit pendidikan kolej untuk mengetahui pandangan mereka tentang topik yang sama berbanding dengan tokoh perniagaan semasa. Kumpulan ini juga kebanyakannya setuju (92 peratus) bahawa tujuan perniagaan adalah untuk memberi impak terhadap masyarakat lebih daripada mengejar keuntungan dan kekayaan.
Perubahan iklim (37 peratus) juga adalah kebimbangan utama dalam kalangan generasi lebih muda ini dan lebih daripada separuh responden yang ditinjau (55 peratus) mahu mengurangkan impak alam sekitar mereka. Kekurangan pendidikan berkualiti (27 peratus), ketersediaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi (24 peratus) dan institusi keamanan, keadilan dan global (22 peratus) juga membebani pemikiran tokoh masa hadapan.
Walaupun kebanyakan tokoh semasa mengatakan peraturan kerajaan adalah halangan terbesar dalam mencipta impak, tokoh masa hadapan percaya bahawa rasuah (42 peratus) dan tokoh perniagaan yang tidak berminat untuk berusaha dengan lebih lagi (32 peratus) adalah halangan sebenar.
YPO akan berkongsi dapatan Tinjauan Kepimpinan Global 2019 di perbincangan panel akan datang yang bertajuk Keuntungan dengan Tujuan: Model Global Baharu di Davos pada 24 Januari 2019. Hasil lengkap tinjauan tersedia di YPO.org/Davos.
Metodologi Tinjauan Kepimpinan Global YPO 2019:
Tinjauan Kepimpinan Global YPO 2019 terhadap ahlinya dilakukan oleh YPO dari 23 Disember – 4 Januari melalui borang soal selidik dalam talian dengan sampel kebarangkalian perwakilan untuk 2,283 orang ahli YPO. Sampel tersebut menyertakan ahli di 110 buah negara. Borang soal selidik adalah dalam bahasa Inggeris. Margin ralat pensampelan adalah tambah atau tolak 1.97 titik peratusan pada 95 peratus aras keyakinan.
Tinjauan sampingan untuk golongan generasi lebih muda (tokoh perniagaan masa hadapan) telah dilakukan oleh YPO dari 23 Disember – 4 Januari. Sejumlah 1,871 responden global berumur 18-31 tahun dengan sekurang-kurangnya sedikit pendidikan kolej telah menyertai tinjauan tersebut. Margin ralat pensampelan adalah tambah atau tolak 2.3 titik peratusan pada 95 peratus aras keyakinan.
Perihal YPO:
YPO adalah organisasi kepimpinan global terulung untuk lebih daripada 27,000 orang ketua eksekutif di lebih 130 negara dan merupakan platform global untuk mereka berjumpa, belajar dan memajukan diri. Ahli YPO memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan kepercayaan pemimpin perniagaan paling berpengaruh dan inovatif dunia untuk memberi inspirasi kepada perniagaan, peribadi, keluarga dan masyarakat. Kini, syarikat yang ditadbir ahli YPO, pelbagai dari segi industri dan jenis perniagaan telah menggaji lebih daripada 22 juta orang di seluruh dunia dan menjana USD9 trilion hasil tahunan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati ypo.org.
Hubungan Media YPO:
Amy Reid, areid@ypo.org, +1 646 678 0575 (Amerika Syarikat)
Serena Marchionni, smarchionni@ypo.org, +34 699 903 472 (Eropah)
Vickie Tikam, vtikam@ypo.org , +60 012 331 7411 (Asia)
Angela Mers, amers@ypo.org, +1 415 298 8534 (Amerika Syarikat/Kanada)