CleverTap Membolehkan Pemasar Mengoptimumkan Penglibatan Pelanggan dengan Suite Pemetakan Automatik Paling Canggih

Suite alat pemetakan pengguna automatik pertama dalam industri membolehkan pemasar meningkatkan hasil kempen dan ROI

SAN FRANCISCO, June 14, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Platform pemasaran mudah alih terkemuka, CleverTap, hari ini mengumumkan suite Discovery Tools berkuasa yang berdasarkan pemetakan pengguna automatik. Alat ini membolehkan pemasar mudah alih mengetahui pemikiran pelanggan dengan segera lalu mempercepat ROI strategi pemasaran mereka. Discovery Tools CleverTap sudah pun digunakan oleh pelanggan perusahaan untuk membina nilai pelanggan jangka panjang dan memberikan pengalaman berkesan kepada pelanggan.

Pelanggan hari ini mahukan jenama untuk memenuhi keperluan mereka dengan serta-merta. Perniagaan yang mampu menjangka dan bertindak balas terhadap kelakuan pelanggan mereka dengan cepat adalah pemenangnya. Walaupun pemasar progresif telah menggunakan cara manual untuk memetakkan sasaran mereka kepada segmen mikro, kaedah ini banyak memakan masa dan wang. Pemetakan automatik CleverTap mencari data kelakuan pengguna, menjalankan beberapa model dan algoritma pembelajaran mesin pada data dan akhirnya menyampaikan petak pelanggan yang menarik kepada pemasar.

Set alat canggih ini akan mengenal pasti pengguna juara, pengguna setia yang berbeza daripada pengguna lelap dan pengguna yang mahu berhenti. Pendedahan petak pengguna secara automatik membolehkan pemasar memfokuskan kreativiti mereka terhadap mencari cara terbaik untuk mendekati pengguna-pengguna ini - sama ada mengadakan program kesetiaan bagi pengguna juara atau kempen pikat semula bagi pengguna yang mahu berhenti untuk menarik minat mereka kembali. Dengan pemetakan pengguna di hujung jari, pemasar boleh mengoptimumkan strategi mudah alih mereka untuk memacu penukaran yang lebih tinggi sambil mengurangkan perkara yang tidak digemari pengguna.

Suite Discovery Tools CleverTap disertakan dengan pemetakan automatik menggunakan model berikut:

“Pengguna hari ini tidak mempunyai masa dan kesabaran untuk melawati app anda dan mencari maklumat yang mereka perlukan. Banyak jenama hampir perlu menjangka dan bertindak secara dinamik terhadap keperluan pengguna mereka. Dengan pelancaran Discovery Tools, kami mahu mengautomatikkan sebahagian besar cara pemasar mengenal pasti pelanggan bernilai mereka. Alat-alat ini akan meningkatkan keberkesanan pemasaran dengan signifikan dan membantu pemasar menggunakan belanjawan pemasaran mereka dengan baik,” kata Sunil Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif CleverTap.

CleverTap mempunyai pejabat di San Francisco, New York, Los Angeles, Mumbai dan Bangalore. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web CleverTap. Untuk melihat cara syarikat pelbagai saiz meningkatkan hubungan dengan pelanggan, lawati halaman pelanggan kami.

Perihal CleverTap
CleverTap membantu jenama pengguna mengekalkan pelanggan mereka. Ia merupakan penyelesaian pemasaran mudah alih berkuasa yang menyatukan data pengguna dari saluran dalam dan luar talian pada satu platform berpusat. Setiap hari, ribuan jenama menggunakan model pembelajaran mesin CleverTap untuk menjalankan strategi layanan pengguna yang disesuaikan untuk membantu pemasar memacu pertumbuhan semua saluran. Bina hubungan pelanggan yang bernilai menggunakan maklumat masa nyata untuk membantu memberikan pengalaman pengguna yang baik.

Lebih 4,000 jenama global termasuk Star, Sony, Vodafone, Domino’s, DC Comics, BookMyShow dan DealsPlus mempercayai CleverTap untuk membantu mereka berhubung dengan pengguna dan mengembangkan app mudah alih mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang CleverTap, lawati clevertap.com atau ikuti di Facebook dan Twitter.

Hubungan Akhbar
Ketan Pandit
PR CleverTap
ketan@clevertap.com