Neuralstem Mengumumkan Penerbitan Data Susulan Jangka Panjang ALS dalam Annals of Clinical and Translational Neurology

GERMANTOWN, Md., May 04, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf hari ini mengumumkan keputusan kajian yang diterbitkan dalam Annals of Clinical and Translational Neurology yang menyokong potensi sel stem neural daripada saraf tunjang (HSSC) transplan untuk menstabilkan fungsi pesakit sklerosis lateral amiotrofik (ALS). Penerbitan tersebut boleh didapati di sini.  

Manuskrip tersebut bertajuk “Dapatan Transplantasi Sel Stem Fasa 1/2 Jangka Panjang dalam Sklerosis Lateral Amiotrofik” ditulis oleh pengarang senior Penyiasat Utama Kajian, Eva Feldman, MD, PhD, Russell N. DeJong, Profesor Neurologi di University of Michigan. Ia menilai kesan transplan HSSC dalam dapatan fungsian, seperti yang diukur menggunakan skala ALSFRS-R dan pada statistik komposit yang menggabungkan dapatan fungsian dan kemandirian. Hasil yang dinilai dengan kawalan yang dipadankan daripada dua set data terdahulu menunjukkan skor ALSFRS-R yang lebih baik pada 24 bulan, serta skor komposit fungsian/kemandirian dalam subjek yang menerima HSSC. Skala Penilaian Fungsian ALS-Dipinda (ALSFRS-R) ialah borang soal selidik sah yang menilai fungsi fizikal dalam menjalankan aktiviti kehidupan harian (ADLs).

“Kami berharap untuk melengkapkan kajian berbilang pusat Fasa 2b/3 yang lebih besar,” kata Dr. Feldman.

“Data ini menggalakkan dan menandakan yang sel stem neural daripada saraf tunjang manusia mampu memberikan manfaat fungsi kepada pesakit ALS,” kata Rich Daly, Ketua Pegawai Eksekutif Neuralstem. “Kami berterima kasih kepada subjek yang menyertai ujian ini serta klinisian dan pengasuh yang menjalankan ujian. Data susulan jangka panjang ini sangat berharga untuk kami mereka kajian klinikal Fasa 2b/3 bagi menilai calon terapi sel Neuralstem, NSI-566 dengan lebih lanjut dalam populasi pesakit ini.”

Kajian peningkatan dos label terbuka Fasa 1 dan 2 dijalankan di University of Michigan di Ann Arbor, Emory University di Atlanta dan Harvard Medical School di Boston. 30 subjek disenaraikan dan objektif utamanya adalah untuk menilai keselamatan transplan intraspina HSSC sambil mengukur titik hujung kemandirian dan fungsian. Penerbitan sebelum ini daripada penyiasat tersebut telah memutuskan bahawa rawatan itu selamat.

Perihal Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS)

ALS ialah penyakit progresif yang memberi kesan terhadap sel saraf atau neuron dalam otak dan saraf tunjang yang menyebabkan degenerasi dan akhirnya atrofi otot sekeliling. Apabila keadaan pesakit bertambah teruk, neuron motor mati dan otak tidak mampu lagi mengawal otot yang terlibat. Semakin lama, pesakit hilang keupayaan untuk bercakap, makan, bergerak dan bernafas, akhirnya menyebabkan kematian. Menurut Persatuan ALS, sebanyak lebih 6,000 orang di A.S. dianggarkan dikesan dengan ALS setiap tahun dengan sebanyak 15 kes baharu setiap hari menjadikan jumlah lebih kurang 20,000 rakyat Amerika mempunyai penyakit tersebut pada setiap masa. Pada masa ini, belum ada penawar atau rawatan yang boleh menghentikan atau membalikkan kemaraan penyakit tersebut.

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:

Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Berpandangan Ke Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "selamat" peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan kata-kata seperti “harap,” “jangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan. 

Hubungan:

Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
neuralstem@argotpartners.com